Saturday, March 28, 2009

MUHASABAH CINTA

Wahai pemilik nyawaku

Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dari Mu
Kupasrahkan semua pada Mu

Tuhan baru kusadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini ku harapkan cinta Mu

Kata kata cinta terucap indah
Mengalir berdzikir di kidung do’a ku
Sakit yang kurasa biar
Jadi penawar dosaku

Butir butir cinta air mataku
Terlihat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya Illahi Muhasabat cintaku

Tuhan kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku dengan Mu
http://www.youtube.com/watch?v=V8vRQZbGfko&feature=related

Friday, March 27, 2009

24 PERKARA JANGAN DILAKUKAN

Sesungguhnya di dalam hidup kita dikelilingi oleh
perkara-perkara yg. menyeronokkan. Tetapi itulah
sesungguhnya yg. mendatangkan keburukan kepada kita.
Di bawah ini terdapat 24 perkara -perkara yg. jangan
dilakukan yg. seharusnya kita ambil iktibar supaya
kita dapat memuhasabah diri sendiri. :

1. Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan in tidak
disukai oleh ALLAH s.w.t.

2. Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki
(selipar). Dikhuatiri terbawa keluar najis dan
mengotori seluruh rumah kita.

3. Jangan makan dan minum dalam bekas yg. pecah @
sumbing. Makruh kerana ianya merbahayakan.

4. Jangan biarkan pinggan magkuk yg. telah digunakan
tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan.

5. Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki
mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat)

6. Jangan makan tanpa membaca
BISMILLAHHIRRAHMANNIRAHIM dan doa makan. Nanti makanan
yg. dimakan adalah dari muntah syaitan.

7. Jangan keluar rumah tanpa niat membuat kebajikan @
kebaikan. Takut-takut mati dalam perjalanan.

8. Jangan pakai kasut atau selipar yg. berlainan
pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.

9. Jangan biar mata liar di perjalanan. Nanti hati
kita gelap diselaputi dosa.

10. Jangan bergaul bebas ditempat kerja. Banyak buruk
dari baiknya.

11. Jangan menangguhkan taubat bila berbuat dosa
kerana mati boleh datang bila-bila masa.

12. Jangan ego untuk meminta maaf kepada kedua ibubapa
dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.

13. Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak
siratulrahim.

14. Jangan lupa bergantung harap hanya kepada ALLAH
s.w.t dalam setiap kerja kita. Nanti sombong bila
berjaya dan kecewa pula bila gagal.

15. Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu
memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.

16. Jangan banyak ketawa nanti mati jiwa.

17. Jangan biasakan berbohong kerana ia adalah
ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih sayang org.
kepada kita.

18. Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan kerana
doa makhluk yg. teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH
s.w.t.

19. Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia.
Akhirat itu lebih utama dan kekal selamanya. Carilah
kehidupan dunia untuk akhirat.

20. Jangan duduk dalam bilik air terlalu lama kerana
disitulah tempat tinggal jin kafir dan syaitan.

21. Jangan merokok dan memasang kemenyan kerana asap
itu adalah makan jin.

22. Jangan lupa membaca BISMILLAHIRRAHMANNIRAHAIM dan
salam ketika masuk kerumah dikhuatiri jin dan syaitan
masuk bersama.

23. Jangan memakai tangkal kerana ALLAH s.w.t tidak
sempurnakan agama seseorang itu jika memakai tangkal
ini adalah kerana dikhuatiri kita bergantung kepada
tangkal bukan kepadaNYA.

24. Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata
jangan sebab semuanya untuk kebaikan dan sesungguhnya
ALLAH s.w.t itu lebih mengetahui. Yang baik itu
adalah dari ALLAH s.w.t dan yg. buruk itu dari
hambanya juga. Wallahuallam.

Tuesday, March 17, 2009

Hari ni kita belajar balik sejarah Perjanjian Hudaibiah...

Pada bulan Zulkaedah tahun 6 Hijrah Rasulullah SAW berangkat ke Mekah untuk menunaikan Haji bersama 1400 orang sahabat setelah beberapa tahun dihalang oleh musyrikin Mekah. Ketika itu Islam yang berpusat di Madinah telah berkembang pesat. Tujuan rombongan itu juga ialah untuk menguji sikap kaum Quraisy yang sangat kuat menghalang dakwah Islam sejak 19 tahun sebelum itu.

Rombongan Rasulullah tidak membawa senjata peperangan. Hanya senjata biasa untuk tujuan perjalanan sahaja yang dibawa bersama. Mereka mengisytiharkan kepada umum bahawa tujuan rombongan itu bukan untuk berperang.

Ketika sampai di 'Asfan, rombongan Rasulullah mendapat maklumat bahawa musyrikin Mekah mahu menghalang rombongan itu hatta dengan cara kekerasan sekali pun. Musyrikin Mekah bersedia dengan pasukan tentera berkuda seramai 200 orang yang diketuai oleh Khalid bin Al-Walid. Pasukan itu menunggu di jalan masuk utama menuju kota Mekah.

Rasulullah SAW menukar laluan supaya tidak terserempak dengan pasukan musyrikin, untuk membuktikan tujuan kunjungan itu bukan untuk berperang. Rombongan itu berhenti rehat di Hudaibiah.

Beberapa perundingan antara wakil rombongan muslimin dan wakil musyrikin Mekah gagal mencapai persefahaman. Kemudian, pasukan 80 orang pemuda musyrikin Mekah menyerang rombongan muslimin di tempat perkhemahan mereka pada waktu malam tetapi berjaya ditewaskan oleh pasukan pengawal muslimin.

Selepas itu Rasulullah SAW mengutus 'Uthman bin 'Affan berunding dengan musyrikin Mekah. Oleh kerana terlalu lama menunggu kepulangan 'Uthman, timbul kebimbangan di kalangan muslimin tentang nasib 'Uthman sehingga tersebar berita kononnya dia telah dibunuh. Apabila berita itu sampai kepada Rasulullah SAW, baginda bersabda "kita tidak akan pulang ke Madinah sebelum selesai memerangi mereka (musyrikin Mekah)".

Kemudian Rasulullah mengumpulkan para sahabat untuk berbai'ah tidak akan berundur dari medan peperangan yang bakal berlaku. Di ketika itu muncul 'Uthman bin 'Affan lantas dia juga turut berbai'ah bersama-sama dengan muslimin yang lain.

Peristiwa itu berlangsung di bawah sepohon kayu yang rendang pada bulan Mac 628 Masehi.

Bersempena dengan peristiwa bai'ah taat setia dan sepakat untuk menentang kejahatan dan ketidak adilan musyrikin Mekah yang berlangsung di bawah sepohon kayu itu, Allah SWT berfirman:

"Sesungguhnya Allah telah Redha terhadap orang mu'min ketika mereka berjanji setia kepadamu di bawah sepohon kayu, Allah mengetahui apa yang ada di dalam hati mereka, lalu Allah menurunkan ketenangan ke dalam jiwa mereka, dan Allah menganugerahkan kemenangan kepada mereka dalam waktu yang dekat." (Surah Al-Fath - ayat 18)

Bai'ah taat setia kepada kepimpinan Rasulullah untuk menghadapi sebarang tentangan musyrikin itu telah mencemaskan musuh di kota Mekah. Suasana menjadi tegang disebabkan kemungkinan peperangan yang akan berlaku. Akhirnya kabinet musyrikin Mekah menghantar Suhail bin 'Amru bertemu Rasulullaah SAW dan menawarkan perdamaian.

Selepas perundingan tentang butiran perdamaian itu, termeterailah perjanjian yang sangat terkenal dalam sejarah Islam iaitu perjanjian Hudaibiah. Dokumen perjanjian itu ditulis oleh Saidina Ali bin Abi Talib RA (hadith 3335 Sahih Muslim edisi Bahasa Arab).

Perjanjian Hudaibiah adalah hasil pertama selepas persidangan bai'ah di bawah sepohon kayu yang berlaku beberapa hari sebelum itu. Catatan sejarah membuktikan Maha Benar wahyu Allah tentang "kemenangan yang dekat" selepas sidang di bawah pokok.

Perjanjian Hudaibiah yang berkait langsung dengan sidang itu merupakan perkara yang amat significant bagi rentetan kejayaan demi kejayaan yang dicapai oleh Rasulullah SAW sehingga Islam berdaulat dengan sangat hebat.

Kesan utama perjanjian itu ialah pengiktirafan secara tersirat terhadap kepimpinan Rasulullah SAW di luar kelompok muslimin.

Kesan kedua ialah terbuka ruang dakwah yang lebih luas sehingga ke dalam komuniti bukan Islam di Mekah yang terhalang sebelumnya. Ruang itu membawa kepada keIslaman ramai tokoh masyarakat termasuk Khalid bin Al-Walid, 'Amru bin Al-'As dan 'Uthman bin Abi Talhah.

Kesan ketiga ialah kejayaan meneroka dakwah ke luar semenanjung Arab. Rasulullah SAW mengutus surat kepada Raja dan pemimpin negara-negara luar, menyeru mereka kepada Islam. Di antara yang menerima surat Rasulullah SAW ialah Raja Najasyi negara Habsyah, Raja Muqauqis negara Mesir, Raja Kisra negara Farsi, Raja Hercules negara Rom, Raja Jaifar dan Raja 'Abda pemerintah Oman, Al-Munzir bin Sawi pemerintah negara Bahrain, Hauzah bin Ali pemerintah Yamamah dan Al-Harith bin Abi Syamar pemerintah Damsyik.

Hasil dakwah local dan international ini, Daulah Islamiah yang berpusat di Madinah mencapai 3 kejayaan besar, iaitu;

#1. Termeterai perjanjian damai dengan negara-negara bukan Islam.

#2. Dakwah Islam dapat masuk dan berkembang di negara-negara bukan Islam.

#3. Termeterai ikatan dan perjanjian di antara kerajaan negara-negara Islam dengan rakyat bukan Islam di negara masing-masing. Rakyat non-muslim yang mengikat janji dengan kerajaan Islam dikenali sebagai ahluzzimmah atau zimmi yang bebas mengamalkan kepercayaan agama mereka.

Selepas itu tentera Islam memenangi peperangan Khaibar yang sangat bermakna. Kaum Yahudi yang dibantu oleh munafiqin pimpinan Abdullah bin Ubai secara rahsia. Kejayaan itu seolah-olah melengkapkan kemenangan umat Islam ke atas semua pihak yang memusuhinya.

kredit to perisik-rakyat

Thursday, March 5, 2009

PENGHOTMATAN ITU BUKAN DIPAKSA

Penghormatan di beri bukan diminta-minta. Individu dihormati bukan kerana paksaan undang-undang atau akta. Kalau ada sesiapa tidak ingin menghormati Tuan, Mador, Ketua Pejabat, Cikgu atau Raja - tidak ada apa-apa yang boleh di lakukan. Menangkap, merotan atau di masukkan ke dalam penjara - tidak akan melahirkan apa-apa penghormatan.

Che Guevera di hormati oleh anak-anak muda diseluruh dunia bukan kerana ada undang-undang dari Bangsa Bangsa Bersatu atau ada arahan dari IMF atau Mahkamah Dunia. Che diberi penghormatan kerana hati naluri anak-anak muda mahu menghormati. Che Guevera tidak pernah meminta-minta penghormatan ini kerana dia telah lama mati.

Penghormatan yang ditimbulkan melalui undang-undang, kuasa atau pangkat bukan penghormatan – ini penghormatan yang pura-pura. Mahathir satu ketika dahulu di hormati kerana dapat memberi habuan kontrek. Malah Mahathir sendiri sedar hingga dia membebel sesudah kalah untuk menjadi delegasi Kubang Pasu ke Perhimpunan United Malays National Organisation pada tahun 2006 dahulu. Dia membebel kerana tidak ada lagi orang yang datang mencium tangannya.

Lihat pula Abdullah Badawi – belum pun tamat menjadi PM – kerana tanda tangannya tidak lagi laku - tidak mendatangkan kontrek – tidak ramai menteri dan para pembodek yang datang berhari raya di Kepala Batas tahun lalu.

Berilah apa sahaja nama dan darjah penghormatan – dari Tun , Tan atau Tin.– ianya hanya tin-tin yang kosong tidak membawa apa-apa pengertian. Pakaikan baju kuning, merah atau kelabu – pasangkan lah tanjak tujuh tingkat – semuanya tidak ada makna. Hormat datang dari hati.

Pada tahun 1964 Jean Paul Sartre dianugerah Hadiah Nobel Sastera. Dia tidak pun datang mengambil hadiah ini malah Sartre langsung tidak ambil pot. Dia menolak penghormatan yang mengada-ada. Tetapi idea dan falsafah Jean Paul Sartre masih mengegarkan dunia. Idea dan falsafah inilah yang dinobatkan untuk dihormati dari segala bentuk penghormatan yang pura-pura.

Bagitu juga Le Duc Tho yang mendapat Hadiah Nobel Keamanan pada tahun 1973. Dia juga tidak pergi ke Stockholm untuk mengambilnya. Hingga ke hari ini Duc Tho masih di hormati dan diingati sebagai patriot Vietnam yang merangka dan membuka jalan damai untuk negaranya pada tahun 1972.

Justeru apabila ada gerombolan gerombolan yang meloncat mengambur meminta dan memaksa orang ramai agar menghormati raja maka permintaan ini kelihaatan sebagai lawak bodoh. Meminta di hormati, memaksa di hormati atau melembagakan penghormatan bukan penghormatan namanya. Penghormatan datang secara sukarela dari hati suci yang ikhlas dan jujur. Penghormatan yang suci bukan kerana upah, dipaksa, atau dijanjikan dengan pangkat dan kontrek.

Kalau seorang anak sekolah ditarik telinga dan di paksa menghormati Guru Besarnya maka untuk beberapa saat ( ketika telinganya sakit ) mungkin anak sekolah ini akan berkata bahawa dia menghormati si Guru Besar. Terlepas sahaja telinganya dari di pulas, anak sekolah ini bukan sahaja tidak akan menghormati si Guru Besar ini malah besar kemungkinan si Guru Besar akan di baling dengan najis. Ini hakikat.

Bila saya menulis ini - kita telah masuk ke bulan March 2009. Cerita-cerita karut tentang daulat raja, tulah raja, jampi raja – semuanya tidak di percayai lagi. Anak-anak muda hari ini tidak lagi gempaq dengan daulat raja – mereka gempaq dengan penyanyi rock n roll. Anak muda hari ini akan gempaq dengan pemain bola, pemusik, pelakon, pengodam internet atau pembawa kounter culture yang melawan arus. Ini hakikat bukan sahaja di Malaysia malah inilah jalur pemikiran anak muda di seluruh dunia.

Pergi lawati bilik anak muda – tidak mungkin akan di temui gambar Sultan, Raja atau Shah di dinding bilik. Besar kemungkinan akan di temui gambar sebuah kugiran rock, wajah seorang rock star atau mungkin poster Che Guevera. Belum pernah ada dalam dunia ini seorang anak muda yang akan bergadai bergolok untuk mendapatkan baju T gambar seorang Raja – tetapi mereka sanggup ke E-bay untuk membida baju arwah John Lennon yang ori. Ini hakikat kerana kerana kita telah sampai ke tahun 2009.

Raja Moroko, Ratu Elizebeth, Sultan Berunai, Raja Abdulah al-Saud atau Sultan Perak - jika tidak kerana protokol – jika pegawai-pegawai kerajaan tidak di arahkan, jika anak-anak sekolah tidak di paksa - dewan akan kosong. Tidak akan ada ramai orang yang datang memenuhi dewan untuk mendengar susuk-susuk ini berucap.

Sampai kiamat pun anak-anak muda tidak akan membayar harga tiket 200 ratu ringgit untuk mendengar mereka membebel. Tetapi anak-anak muda sanggup turun ke Singapura atau naik ke Bangkok untuk mendengar sebuah rock band datang bermain. Raja Gopal, Raja Kapoor atau Raja Perak, harus sedar diri, pada hari ini tidak ramai lagi orang yang ambil pot kerana nama mereka bermula dengan raja. Ini hakikat tahun 2009.

Masyarakat urban tidak lagi mencari makan dari hasil tanah. Mereka memburuh. Mereka membanting tulang di kilang dan di pabrik. Apabila mereka meninggalkan tanah, berhijrah ke bandar bererti mereka telah memutuskan hubungan dengan budaya feudal. Masyarakat urban melahirkan budaya mereka sendiri – budaya dan gaya hidup yang tidak lagi bergantung kepada raja atau sultan. Dalam budaya urban sistem feudal tidak memainkan peranan.

Memang ada wujud kumpulan kumpulan yang masih menganggap kaum feudal itu wajib dihormati kerana darah keturunan mereka. Kumpulan ini adalah mereka yang ingin menahan gerak dan arus pembudayaan dunia moden hari ini. Malah di Peranchis, sebuah negara Republik masih ada warga yang cuba membawa kembali sistem Beraja di Peranchis. Mereka bernostalgia terhadap zaman feudal yang telah terkambus.

Di Tanah Melayu juga masih ada kumpulan dan gerombolan yang percaya dengan ‘daulat’ raja. Sebenarnya, ini berlaku kerana kepentingan ekonomi mereka bergayut dengan kaum feudal. Mereka ingin memastikan yang kepentingan ekonomi mereka akan dapat dipayungi oleh kaum feudal. Justeru, mereka sanggup membeli derajat kebesaran agar mereka dapat juga dilihat ‘besar’.

Hakikanya - kumpulan dan gerombolan pro-feudal ini dari sehari ke sehari semakin berkurangan. Pengurangan kumpulan dan gerombolan ini bukan di rancang. Pengurangan ini muncul dengan sendiri kerana asas ekonomi telah berubah.

Dalam konteks asas ekonomi kapitalis moden - keupayaan individu dinobatkan bukan kerana darah keturunan. Barack Obama, Micheal Jackson atau Colin Powell berada ditempat mereka berada hari ini bukan kerana mereka cucu kepada Raja Buganda dari Afrika tetapi kerana fikrah dan keilmuan mereka. Ini hakikat.

Ini bukan bermakna kita tidak meghormati Raja Gopal, Raja Kapoor atau Raja Perak. Sebagai sesama insan kita wajib menghormati satu sama lain. Kita juga wajib beradab dan bersopan terhadap mereka. Penghormatan, adab sopan yang kita tunjukkan kepada mereka bukan kerana mereka Raja. Mereka berhak menerima penghormatan dari kita jika mereka memiliki keintelektualan dan fikrah yang unggul.

Perhormatan yang ikhlas dan dilakukan secara sukarela tidak berhujung dan tidak bernoktah. Seperti Che Guevera dari zaman berzaman susuk ini akan terus di muliakan walau pun telah lama mati. Tidak seperti Mahathir yang terpaksa membebel untuk di hormati. Atau seperti Ghazali Shafie atau Muhamad Rahmat yang seperti tunggul pergi tersepak dan pulang terlanggar.

kredit to:http://tukartiub.blogspot.com/

Thursday, June 26, 2008

salam perkenalan...

menarik tau..sila la dengar,sebuah sajak yang mengetarkan hati..